Emas Dah Tak Larat Nak Naik?

3,283

Kelemahan ekonomi Amerika Syarikat yang dicatatkan pada suku ketiga nampaknya tidak memberi kesan ketara buat dagangan emas.

Ekonomi AS tanpa dijangka berkembang hanya 2% pada suku ketiga, iaitu kadar pertumbuhan paling lemah sejak suku kedua 2020 menyebabkan dolar greenback menjunam parah berbanding pesaing utamanya yag lain.

Emas pada mulanya melonjak tinggi sehingga menyentuh paras harga $1,810 per auns susulan bacaan data tersebut, namun ia susut semula lebih rendah dengan didagangkan pada $1,797 per auns pada sesi Asia.

Ini mungkin disebabkan oleh hasil bon AS 10 tahun yang tidak memberi reaksi ketara ekoran data ekonomi yang mengecewakan, dengan terus bergerak di tahap yang sama pada 1.57%. Walaupun begitu, hasil bon ditetapkan untuk penurunan terbesar sejak awal September pada minggu ini.

Pelabur melihat keluk hasil bon yang mendatar menunjukkan jangkaan untuk pertumbuhan dan pengetatan rangsangan monetari Federal Reserve (Fed) yang lebih agresif dalam mengatasi kenaikan inflasi.

Walaupun data ekonomi AS mengecewakan, tetapi berbeza pula dengan angka yang ditunjukkan dalam laporan tuntutan faedah pengangguran yang lebih baik dari dijangkakan degan menurun ke tahap terendah sejak Mac 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat