Emas ‘Diam’ Menunggu Kejutan Mesyuarat FOMC

955

Pergerakan mendatar harga emas kekal berterusan di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menantikan mesyuarat polisi FOMC.

Ketika sesi Asia, emas diniagakan sedikit susut pada $1,716 per auns, manakala niaga hadapan emas pula suram pada $1,714 per auns.

Jangkaan kenaikan kadar faedah 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) telah membantutkan pergerakan emas daripada memanfaatkan sentimen pasaran yang berisiko.

Sebaliknya, US dolar mendapat kelebihan untuk kembali meningkat selain turut dipacu oleh hasil bon AS yang lebih tinggi.

Kebimbangan pasaran terhadap kemelesetan terus meningkat susulan krisis tenaga Eropah yang semakin meruncing akibat pengurangan bekalan oleh Rusia.

Prospek terhadap pertumbuhan juga bertambah suram selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran ekonominya untuk tahun ini daripada 3.6% kepada 2.9%.

Sementara itu, keyakinan pengguna AS jatuh ke paras terendah lebih satu tahun pada bulan Julai dengan kebimbangan berterusan terhadap peningkatan inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi boleh mempengaruhi perbelanjaan pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat