Emas Ditolak Jatuh Ke Paras Terendah Hampir Satu Tahun!

1,314

Jangkaan lebih banyak kenaikan kadar faedah oleh bank-bank pusat utama dunia terus menolak jatuh emas ke paras terendah hampir satu tahun, menyebabkannya tergelincir di bawah harga $1,700.

Ketika sesi dagangan Asia, spot emas melemah pada $1,693 per auns selepas menyentuh paras paling lemah sejak Ogos 2021 pada $1,690 pada awal sesi.

Bank Pusat Eropah (ECB) akan meningkatkan kadar faedahnya untuk pertama kali dalam 11 tahun pada Khamis dengan kenaikan lebih besar diramalkan akan berlaku bagi memerangi inflasi yang semakin tinggi.

Sementara itu, Federal Reserve (Fed) dijangkakan secara meluas bakal melaksanakan kenaikan sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung minggu depan.

Di UK pula, inflasi terus menunjukkan peningkatan pada bulan Jun kepada 9.4%, tertinggi sejak 1982. Ini bakal menguatkan lagi alasan untuk Bank of England (BOE) yang sebelum itu mengatakan akan mempertimbangkan kenaikan 50 mata asas jika inflasi terus ‘panas’.

Dalam pada itu, dagangan emas turut terkesan dengan pemulihan yang dicatatkan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi pada sesi New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat