Emas? Ewww. Bitcoin (BTC) Lebih Bagus! – Mark Cuban

241

Jutawan Mark Cuban masih meletakkan keyakinannya terhadap Bitcoin (BTC) dengan mengatakan beliau mahukan harganya terus menurun.

Berbicara di podcast ‘Club Random’ bersama pelawak Bill Maher, Mark Cuban berkata BTC perlu susut lebih jauh supaya beliau boleh membelinya lebih banyak lagi.

Pemilik NBA Dallas Mavericks itu malah merendah-rendahkan pelaburan emas dengan mengatakannya tidak berbaloi dan beliau lebih mengutamakan aset digital.

BTC pada ketika ini didagangkan pada sekitar harga $16,870, sekitar 75% lebih rendah daripada paras tertinggi sepanjang masa $69,044 yang direkodkan pada tahun lepas.

Emas pula mempamerkan prestasi lebih baik dengan hanya merosot sekitar 13% dari kemuncak tertinggi sepanjang masa $2,075 yang dicapai pada Ogos 2020.

Apabila Maher berhujah bahawa raja kripto itu tidak berbaloi untuk dibeli kerana tidak disokong oleh apa-apa, Cuban membalas dengan mengatakan bahawa pegangan saham dalam 90% syarikat di luar sana juga tidak berguna.

Cuban pernah menjadi pengkritik kripto tetapi kini pasukan NBAnya menerima mata wang kripto untuk tiket dan barangan. Pada tahun 2021, ia menjadi pasukan bola keranjang pertama yang menerima Dogecoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat