Emas Hentam Turun Ke Paras Terendah 1 Bulan, Lepas Ni Ke Mana Pula?

2,082

Dagangan logam berharga emas menuju ke penurunan bulanan terburuk sejak 2019, setelah merekodkan kemerosotan untuk bulan ketiga berturut-turut di tengah-tengah pengukuhan US dolar menjelang pilihan raya presiden AS.

Ketidakpastian menjelang pemilihan presiden pada Selasa depan, 3 November, telah mengangkat daya tarikan terhadap dolar greenback sebagai aset perlindungan berbanding logam kuning emas.

Kemerosotan harga emas turut ditekan oleh kurangnya langkah rangsangan yang diambil oleh kerajaan walaupun berdepan tekanan krisis pandemik Covid-19 di seluruh dunia yang meningkat, terutama Amerika Syarikat dan Eropah.

Harapan untuk Kongres AS meluluskan langkah rangsangan Covid-19 baru sebelum pilihan raya semakin pudar dengan kedua-dua pihak, Republik dan Demokrat saling menunding jari atas kegagalan untuk mencapai persetujuan dalam rundingan ini.

Pada sesi Eropah, spot emas didagangkan sedikit meningkat pada $1,873 per auns daripada paras terendah satu bulan yang dicapainya pada Khamis, $1,858 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,873 per auns (4.10 petang waktu Malaysia).

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greeback berbanding sekumpulan matawang utama pula kekal didagangkan menguat pada 93.86 walaupun mencatatkan sedikit penyusutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat