Emas Hitam Goyah, AS Nak Turunkan Harga Minyak?

453

Dagangan minyak mentah sedikit goyah pada sesi Asia, dihimpit oleh kebimbangan bahawa Amerika Syarikat akan mengambil langkah untuk mengurangkan harga minyak dan petrol sedikit sebanyak menggoyah dagangan komoditi hitam itu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit susut pada $83.33 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula berlegar di sekitar harga $81.87 setong.

Kedua-dua penanda aras sebelum ini telah mencatat peningkatan pada dua sesi sebelum ini selepas Arab Saudi menaikkan harga jualan rasmi untuk minyak mentahnya ke Asia untuk bulan Disember.

Turut menyokong harga adalah kelulusan rang undang-undang infrastruktur Presiden AS Joe Biden bernilai $ 1 trilion oleh Kongres pada hujung minggu, setelah sekian lama tertangguh.

Bagaimanapun, peningkatan yang dicatatkan tidak bertahan lama selepas Setiausaha Tenaga AS, Jennifer Granholm memberitahu bahawa Presiden Biden mungkin membuat pengumuman untuk menangani harga minyak dan petrol yang tinggi minggu ini.

Granholm tidak menyatakan sebarang langkah tertentu, tetapi AS pernah mengatakan bahawa melepaskan minyak mentah dari Rizab Petroleum Strategik adalah satu pilihan yang sedang dipertimbangkan untuk menurunkan harga.

Ini membuatkan harga minyak berhenti dari meneruskan kenaikan lebih tinggi dan membataskan pergerakan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat