Emas Hitam Kekal Utuh, Syarikat Global Sepakat Kurangkan Minyak Rusia!

346

Dagangan minyak mentah kekal stabil walaupun susut sedikit pada awal sesi susulan peningkatan tidak dijangka dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat.

Menjelang penghujung sesi Asia, niaga hadapa minyak Brent diperdagangkan pada $108 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula berlegar di sekitar harga $103 setong.

Data terbaharu daripada Institut Petroleum Amerika (EIA) menunjukkan inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 9.4 juta tong pada minggu lepas, kenaikan tertinggi pernah dicatatkan sejak Mac 2021.

Bagaimanapun, penyusutan yang dicatatkan harga minyak terhad memandangkan terdapat faktor lain yang lebih kuat menyokong pengukuhan komoditi hitam itu.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata dalam laporan pada Khamis bahawa ahli OPEC+ hanya membekalkan 10% daripada peningkatan bekalan yang dijanjikan mereka untuk Mac, sekali gus menambah tekanan pasaran yang sudah sedia bergelut dengan pengurangan minyak Rusia.

Pada masa yang sama, firma perdagangan global utama juga merancang untuk mengurangkan pembelian minyak mentah dan bahan api daripada syarikat minyak kawalan negara Rusia pada Mei.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh konflik antara Rusia dan Ukraine yang masih lagi berterusan, lebih-lebih selepas Presiden Vladimir Putin mengatakan akan meneruskan pencerobohannya ketika rundingan damai berada di jalan buntu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat