Emas Hitam Naik, Ini Janji G7 Untuk Sekat Minyak Rusia!

376

Emas hitam didagangkan lebih tinggi pada Selasa selepas disokong oleh prospek daripada bekalan minyak mentah yang semakin mengetat.

Menteri tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu pengeluaran minyak dari negara itu semakin menghampiri kapasiti, menyuramkan jangkaan bahawa ia boleh membantu meningkatkan bekalan dalam pasaran.

UAE dan Arab Saudi dilihat satu-satunya wakil dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dapat membantu menampung kehilangan bekalan Rusia dan pengeluaran lemah dari negara anggota lain.

Sementara itu, pertemuan G7 di Jerman pada hari kedua telah menyaksikan para pemimpin berbincang untuk meningkatkan tekanan seterusnya ke atas Rusia.

Daripada perkenalan mekanisme had harga minyak, ia akan berfungsi dengan mengenakan sekatan ke atas insurans dan perkapalan, membenarkan hanya pengangkutan minyak mentah dan produk petroleum Rusia yang dijual di bawah ‘had’ yang dipersetujui.

Selain itu, harga turut mendapat sokongan daripada gangguan pengeluaran di Libya dan Ecuador yang terpaksa mengehadkan operasi pengeluaran disebabkan pergolakan politik yang berlaku.

Pada sesi Asia, dagangan WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat pada $110 setong manakala niaga hadapan minyak Brent pula menokok pada $116 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat