Emas Hitam Susut, Biden Dalam Tekanan Turunkan Harga Minyak

210

Komoditi hitam terus kehilangan sokongan pada permulaan dagangan awal minggu, di bawah tekanan daripada jangkaan bekalan yang lebih tinggi untuk mengekang kenaikan harga minyak di Amerika Syarikat.

Spekulasi bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden mungkin mengeluarkan minyak daripada Rizab Petroleum Strategik AS untuk menurunkan harga terus berlegar di sekitar pasaran, lebih-lebih lagi setelah diperlihatkan dengan data inflasi yang melonjak tinggi.

Menurut penganalisis, White House telah membahaskan cara untuk menangani inflasi yang lebih tinggi, di mana beberapa pegawai menggesa langkah menggunakan rizab minyak diambil atau menghentikan eksport AS.

Pada hujung minggu, pemimpin majoriti Senat, Charles Schumer menggesa Biden untuk memanfaatkan rizab kecemasan.

Sementara itu, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada hari Khamis, telah mengurangkan unjuran permintaan minyak dunia bagi suku keempat sebanyak 330,000 tong sehari daripada unjuran bulan lalu.

Ini membuatkan pergerakan harga minyak mentah terus terbatas pada pembukaan dagangan awal minggu.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan susut pada $81.65 setong, manakalan dagangan WTI Amerika Syarikat pula turun kepada $79.15 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat