Emas Hitam Tewas Dikecewakan Data EIA

212

Emas hitam didagangkan lebih rendah selepas data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat tenaga (EIA) menunjukkan peningkatan lebih besar dari dijangkakan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat.

Dagangan minyak mentah Brent jatuh ke paras terendah dua minggu pada $82 setong, selepas mencatat penyusutan 2%.

Sementara WTI Amerika Syarikat pula diniagakan suram pada $81 setong, susulan kemerosotan 1.8% yang dicatatkan pada sesi Asia.

Bekalan minyak mentah AS melonjak sebanyak 4.3 juta tong pada minggu lepas, jauh lebih tinggi daripada ramalan pasaran untuk meningkat hanya sebanyak 1.9 juta tong.

Namun, stok petrol menunjukkan penurunan sebanyak 2 juta tong ke paras terendah dalam tempoh hampir empat tahun walaupun pengguna AS bergelut dengan kenaikan harga bahan bakar.

Selain itu, harga minyak turut terkesan selepas Iran mengatakan rundingan dengan enam kuasa dunia akan disambung semula pada akhir November, yang bertujuan untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015.

Sekiranya kesepakatan dapat dicapai, ini bermakna sekatan ke atas minyak mentah dari Iran akan diangkat dan ia dapat meningkatkan lebih banyak pengeluaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat