Emas Jatuh Hampir $40 Daripada Paras Tertinggi September

34

Harga emas kekal rendah hari Khamis sambil mencari demand sempena perayaan akan datang di India seperti perayaan Diwali yang sentiasa dilihat belakunya pembelian yang banyak.

Emas teruskan kejatuhan hari ini sebanyak 0.14% kepada $1,326.17 setakat jam 2.20 petang, dengan selera pelaburan safe-haven semakin pudar, menyokong kenaikan tinggi dolar dan hasil bon US.

Kejatuhan emas tiga hari berturut-turut disebabkan oleh kenaikan mendadak pada dolar selepas pelabur mula keluar daripada aset safe-haven ke aset yang berisiko seperti saham selepas ketidaktentuan geopolitik serta bencana alam semakin reda. Laporan pembaharuan cukai Trump yang bakal dikeluarkan pada 25 September antara yang menyokong pengukuhan dolar.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang mahal.

Sebahagian penganalisis walau bagaimanpun melihat kejatuan emas bersifat sementara dengan mengatakan paras yang rendah akan menarik lebih ramai pembeli, sekali gus membantu memulihkan harga logam beharga.

“Masalah geopolitik belum lagi selesai, dan keadaan politik US masih berdepan kesukaran. Emas yang turun hampir $40, kebanyak pelabur akan melihat paras tersebut sebagai paras terbaik untuk pembelian semula,” kata ketua penyelidik komoditi Saxo Bank, Ole Hansen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat