Emas Jatuh ke Paras Terendah Lima Minggu Lalu

39

Harga emas jatuh lagi pada hari ini susulan kenyataan Janet Yellen, pengerusi Fed yang bersetuju bahawa kenaikan kadar faedah harus diteruskan. Kenyataan ini telah menguatkan jangkaan bahawa terdapat satu lagi kenaikan kadar faedah pada bulan Disember ini.

Harga emas di Comex pasaran hadapan adalah pada $1,294.94 per auns pada jam 3.40 p.m, jatuh sebanyak $6.85 atau 0.53% jika dibandingkan pada penutupan harga semalam.

Harga logam kuning jatuh dalam lingkungan 1% pada awal pagi ini sejurus selepas kenyataan Yellen bahawa Fed harus meneruskan kenaikan kadar faedah walaupun ditengah ketidapastian kadar inflasi yang lemah.

Pada minggu lepas bank pusat telah menyatakan bahawa pemotongan $4.5 trillion aset kewangan dan memberi tanda-tanda bahawa akan ada lagi kenaikan kadar faedah sebelum hujung tahun ini.

Berdasarkan pasaran hadapan Fed Fund Future ketika ini menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah di paras 76%.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan greenback 6 matawang lain, meningkat kepada 93.13 iaitu pada paras tertinggi bulan ini.

Para pelabur menanti keputusan tindakan ”Tax Reform” yang dijangka pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat