Emas Jatuh Namun Masih Berjaya Tutup Pada Paras Tertinggi 7 Minggu Lalu

121

Harga emas menurun pada sesi Asia menjelang NFP malam ini yang di jangka akan menetapkan arah pergerakan dolar US yang sangat penting kepada pelabur-pelabur asing seperti India dan China.

Harga kontrak emas bagi bulan Ogos di Comex New York Merchantile Exchange (NYMEX) menjunam sebanyak $4.50 atau 0.35% kepada $1,267.39 per ounce.

Semalam, harga emas di dagangkan bawah paras pembukaan pasaran hari Isnin, tetapi masih berjaya tutup pada paras tujuh minggu tertinggi di sebabkan oleh para pelabur bertumpu kepada data NFP malam ini bagi mencari petanda-petanda kekuatan ekonomi di US, walaupun jangkaan Federal Reserve untuk menaikkan kadar faedahnya tahun ini berkurangan.

Emas di lihat bergerak dalam julat yang kecil pada awal pagi tadi di sebabkan oleh para pelabur masih berhati-hati menjelang data pekerjaan malam ini, dan jangkaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kenaikan kadar faedah adalah tinggi.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar US. Nilai dolar yang melemah akan meningkatkan permintaan terhadap emas kerana harga semakin murah untuk di beli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Emas masih di dagang pada paras yang tinggi kerana keraguan pada perubahan kadar faedah US, di tambah pula dengan data-data ekonomi yang bercampur, menyebabkan kesukaran penganalisa untuk meramalkan tempoh masa yang akan di ambil oleh bank pusat untuk mengetatkan polisinya.

Pasaran buruh US menunjukkan tanda-tanda pengetatan selepas tuntutan pengangguran berkurangan sebanyak 5,000 kepada 240,000 bagi minggu berakhir pada 29 Julai. Bacaan yang positif pada data ini menyebabkan dolar US sedikit stabil, memberi tekanan kepada enam matawang utama yang lain.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat