Emas Kecundang Lagi, Tenggelam Ke Dasar Lautan

6,290

Harga emas menjunam lebih parah selepas menyaksikan bacaan data pekerjaan NFP AS yang sangat memberangsangkan, menyebabkan logam berharga itu terjun ke paras terendah lebih empat bulan pada sesi Asia hari ini.

Spot emas diniagakan susut 1.4% pada $1,738 per auns. Pada awal sesi, harga emas mencecah bacaan terendah sejak 31 Mac pada $1,687 per auns.

Menurut data terbaru yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja AS, pekerjaan dilaporkan meningkat sebanyak 943,000 pada bulan Julai iaitu jauh lebih baik daripada jangkaan pasaran, menjadikannya kenaikan paling tinggi dalam tempoh hampir satu tahun.

Selain itu, kadar pengangguran AS turut menunjukkan kemajuan positif dengan menurun kepada 5.4% daripada 5.9% yang dicatatkan sebelum ini, dan 5.7% jangkaan pasaran.

Susulan daripada bacaan yang positif ini, ia mencetuskan kembali jangkaan pasaran untuk Federal Reserve (Fed) melakukan pengurangan dalam pembelian bonnya lebih cepat daripada dijangkakan.

Terdahulu, Fed sering menjadikan kemerosotan dalam pasaran buruh sebagai alasan kepada keputusan mereka untuk memperlambatkan pengetatan dasar monetari walaupun kadar inflasi melonjak tinggi.

Dengan kenyataan daripada Naib Pengerusi Fed, Richard Clarida pada minggu lalu, ini sekali gus menguatkan lagi jangkaan pasaran bahawa bank pusat itu akan mengambil langkah pengetatan tidak lama lagi.

Hasil bon AS 10 tahun meningkat lebih tinggi pada 1.30% dan dagangan US dolar turut mengukuh berbanding kebanyakan matawang utama lain, menyebabkan daya tarikan emas berkurang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat