Emas Kembali Bersinar, Boleh Bertahan Ke Ni?

391

Emas kembali didagangkan stabil susulan pengunduran US dolar dan hasil perbendaharaan AS daripada puncak tertinggi yang dicapainya pada Rabu menggalakkan beberapa minat belian dalam pasaran logam kuning itu.

Pada sesi Asia, spot emas sedikit meningkat pada $1,715 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,726 per auns.

Dolar greenback terus berundur dari paras terkuat 20 tahun ketika pelabur menantikan pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis yang dijangka akan membuat kenaikan sebanyak 75 mata asas.

Sementara itu, hasil bon AS 10 tahun juga kembali menyusut dari tahap tertinggi 3 bulan, sekali gus memberi peluang buat logam berharga emas untuk meningkat.

Walaupun begitu, , faktor penurunan harga termasuk pengukuhan US dolar, hasil perbendaharaan AS yang lebih tinggi dan pendirian hawkish Federal Reserve (Fed) masih mengawal pasaran logam berharga itu.

Harga emas telah jatuh lebih $300 sejak ia meningkat melebihi $2,000 per auns pada bulan Mac disebabkan pengetatan agresif yang dilaksanakan bank-bank pusat di seluruh dunia, terutamanya Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat