Emas Kembali Menyusut Setelah Mencatat Keuntungan Berganda!

59

Emas kembali merosot dalam sesi Asia pada hari Jumaat untuk penjelasan yang lebih terperinci mengenai dasar perbelanjaan AS oleh Presiden Donald Trump yang dikatakan bakal merangsang permintaan bagi logam berharga dan sektor perindustrian.

Emas bagi penghantaran Disember di Comex jatuh sebanyak 0.41% kepada $1,261.25 satu troy ounce. Sementara itu, silver futures juga menyusut sebanyak 1.09%.

Dalam masa yang sama, copper futures jatuh sebanyak 0.16% kepada $2,541 paun selepas kenaikan mendadak baru-baru ini. Logam ini juga dianggap sebagai penunjuk utama ekonomi global kerana digunakan sebagai bahan utama dalam pembinaan bangunan, penjanaan kuasa, dan pembuatan barangan elektronik.

Kemenangan Trump baru-baru ini telah menolak emas ke paras tertinggi dalam sesi Eropah pada Khamis.

Sehari sebelum itu, emas juga mencatat peningkatan sebanyak 4.7% sebelum kembali jatuh pada $1,273.50. Kejatuhan itu dicatat berikutan pemulihan pasaran setelah dikejutkan dengan kemenangan Trump sebelum ini.

Angka Perdagangan UK Bagi Bulan September dicatat Perlahan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat