Emas Makin Ganas! Paras $1,830 Berjaya Ditakluki

1,176

Harga emas akhirnya berjaya menyentuh paras harga $1,830 per auns iaitu tahap tertinggi yang dicapainya sejak awal September, disokong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang semakin meningkat.

Emas meningkat tinggi pada $1,832 per auns, sebelum sedikit susut untuk diperdagangkan di sekitar harga $1,827 per auns pada sesi Asia hari ini. Niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,829 per auns.

Bacaan indeks harga pengeluar (PPI) AS yang dikeluarkan pada sesi sebelum ini, menepati ramalan dengan peningkatan 0.6% pada bulan Oktober.

Walaupun harga pengeluar teras dan peningkatan tahun ke tahun sedikit lemah daripada dijangkakan, tetapi harga borong meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh lebih satu dekat dengan kenaikan 8.6%.

Ini sekali gus memberi indikasi bahawa data indeks harga pengguna (CPI) yang akan dikeluarkan pada malam ini menunjukkan bacaan yang kuat dan memberi impak lebih besar pada pasaran.

Data inflasi AS dijangka akan meningkat 5.8% tahun ke tahun, yang pastinya akan menjadi cabaran besar buat Federal Reserve (Fed) untuk terus bersabar dengan kenaikan kadar faedah.

Selain itu, pengukuhan harga emas juga disokong oleh kemerosotan matawang US dolar dan hasil bon 10 tahun AS yang telah meningkatkan daya tarikan buat logam berharga itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat