Emas Manfaat Peluang Untuk Naik Semula!

1,156

Awal dagangan sesi Asia memperlihatkan emas diniagakan sedikit meningkat selepas kebimbangan terhadap varian Omicron menyokong daya tarikan logam berharga itu.

Pada hari Jumaat, penemuan varian Covid-19 baharu di Afrika Selatan telah menggemparkan pasaran, menyebabkan kebanyakan mata wang utama jatuh rendah dan US dolar turut terkesan.

Hasil bon AS 10 tahun pula merosot rendah ke bawah tahap 1.50% disebabkan kebimbangan ini akan membantutkan pemulihan pertumbuhan ekonomi AS, sekali gus memberi manfaat pada emas untuk mencatat keuntungan dengan meningkat pada $1,814.

Namun, komoditi itu susut semula menjelang akhir dagangan Jumaat, membawanya kembali di bawah harga $1,800 per auns.

Pada sesi Asia, logam kuning emas sedikit menokok pada $1,794 per auns, bangkit dari paras terendah pada $1,776 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula $1,796 per auns.

Kekhuatiran mengenai ancaman terbaru ini telah memaksa negara-negara di seluruh dunia melaksanakan sekatan sempadan kerana ia dipercayai lebih berdaya tahan daripada vaksin sedia ada.

Walau bagaimanapun, varian tersebut telah mula dikesan di seluruh dunia, iaitu Belanda, Denmark dan Australia yang melaporkan beberapa kes ditemui pada hujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat