Emas Masih Belum ‘Move On’ Dengan Berita Vaksin

449

Logam kuning emas terus didagangkan mendatar setelah mencatatkan sedikit peningkatan pada awal sesi Asia di tengah-tengah keyakinan meningkat terhadap vaksin Covid-19 yang berpotensi.

Spot emas didagangkan berlegar di sekitar paras harga $1,870 per auns, sementara niaga hadapan emas pula pada $1,867 per auns (3.15 petang waktu Malaysia).

Berita positif mengenai vaksin yang dikembangkan oleh Pfizer dan BioNTech telah menyokong sentimen pasaran terhadap aset berisiko dan menekan dagangan emas untuk jatuh sekitar 4.2% pada minggu ini.

Namun begitu, disebabkan situasi semasa yang masih menyaksikan peningkatan tinggi dalam kes jangkitan Covid-19, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah, membuatkan ada pelabur yang enggan melepaskan aset safe-haven emas.

Kes seluruh dunia terus menunjukkan peningkatan, meletakkan harapan untuk pemulihan ekonomi global kembali pudar. Data terkini daripada Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kes global telah melebihi 52 juta dan angka kematian pula lebih 1.28 juta.

Dalam pada itu, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde terus memberi isyarat untuk menambah sokongan terhadap ekonomi berikutan kes yang semakin meningkat di Eropah dan ia juga dijangka bertambah buruk pada musim sejuk.

Emas cenderung untuk mendapat keuntungan daripada langkah rangsangan daripada bank pusat berikutan ia dilihat sebagai lindung nilai daripada inflasi dan penurunan matawang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat