Emas Masih Meneruskan Momentum Lonjakan!

49

Emas meningkat lebih tinggi pada Jumaat serta menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 2 bulan. Dalam masa yang sama, pasaran kekal dalam tempoh berhati-hati sementara menanti ucapan Trump yang dijangka akan terus merangsang permintaan bagi komoditi berharga.

Di Comex, niaga hadapan bagi emas meningkat sebanyak 0.40 peratus kepada $1,206.15, tidak jauh dari paras tertinggi yang dicatat pada Rabu.

Harga komoditi ini mula merosot selepas US Dollar mula mendapat sokongan daripada ucapan Janet Yellen. Pengerusi Fed ini mengeluarkan kenyataan bahawa bank pusat perlu terus menaikkan kadar namun secara beransur-ansur.

Beliau turut menambah bahawa ekonomi yang dibiarkan tanpa kawalan akan mendatangkan lebih risiko pada masa akan datang.

US Dollar berada dalam dagangan selesa hari ini apabila laporan tuntutan pengangguran, data perumahan dan data pembuatan dilapor positif.

Kekuatan US Dollar biasanya memberi tekanan pada emas kerana ia akan melembapkan permintaan logam tersebut sebagai asset alternatif.

Namun begitu, sentimen terhadap matawang ini menjadi lebih rapuh pada Jumaat berikutan tumpuan yang diberikan oleh pasaran kepada ucaptama Trump.

Momentum emas juga dirangsang selepas China melaporkan data KDNK yang meningkat dari ramalan awal pasaran.

Bagi komoditi lain, sesi dagangan silver futures dan copper futures masing-masing merosot sebanyak 0.02 peratus dan 0.59 peratus.

Apa Makna Kejayaan Sebagai Seorang Trader?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat