Emas Melonjak Sehingga 160 Pip Selepas Mesyuarat FOMC

52

Harga emas meningkat ke paras enam minggu tertinggi pada pembukaan pasaran eropah hari (Khamis) selepas bank pusat dijangkakan akan mengetatkan polisi mereka tidak lama lagi bagi mengawal kadar inflasi negara.

Harga emas naik $13.76 atau 1.10% bersamaan $1,263.13 per ounce setakat jam 4:56 petang tadi. Paras tertinggi emas sebelum ini adalah $1,265.14 pada 15 Jun lepas.

Harga emas semalam jatuh untuk ketiga-tiga sesi pasaran sebelum naik semula selepas laporan dovish FOMC yang melemahkan matawang US awal pagi tadi.

Bank pusat dijangka akan mengecilkan imbangan penyata tidak lama lagi, namun tumpuan utama di berikan kepada kawalan kadar inflasi yang dilihat menurun sejak bulan Februari lepas.

Penurunan kadar inflasi ini menyebabkan pelan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah kali ketiga tertunda. 40% daripada pelabur menjangkakan kenaikan kadar akan bermula pada bulan Desember nanti.

Indeks US dolar masih lagi lemah dan di bawah paras 13-bulan terendah selepas penurunan hasil bon 10-tahun US ke paras 2.291%.

Para pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan data-data ekonomi Amerika akan datang untuk menilai kesannya terhadap polisi monetari bank pusat selapas ini.

Ahli-ahli senat juga masih membincangkan usul pemansuhan Obamacare untuk kali ketiga dengan usaha untuk memansuhkan Obamacare tanpa menggantikan dengan polisi kesihatan lain turut gagal semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat