Emas ‘Mengganas’ Dorongan Minit FOMC, Misi Fed Semakin Terbantut?

696

Emas melonjak lebih 1% pada penutupan dagangan Rabu selepas data ekonomi yang lebih akur daripada jangkaan pasaran dan meningkatkan pertaruhan bahawa Federal Reserve (Fed) mampu mengurangkan kadar faedahnya menjelang September.

Baru-baru ini, minit mesyuarat FOMC terkini menunjukkan bahawa beberapa ahlinya bersedia untuk menaikkan kadar jika inflasi kekal tinggi.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,360.70 iaitu naik 0.20% sejak ia dibuka pada dagangan awal Khamis sesi Asia.

Minit Fed menunjukkan bahawa kebanyakkan pegawainya menganggarkan dasar semasa adalah terhad tetapi telah membuka laluan untuk kenaikan kadarnya lagi.

Di samping itu, aktiviti perniagaan AS dalam sektor perkhidmatan menguncup selepas mencecah paras tertinggi sejak Ogos 2023 berdasarkan penilaian Institut Pengurusan Bekalan (ISM).

Angka data pekerjaan yang lebih lemah apabila bilangan rakyat Amerika Syarikat memfailkan faedah pengangguran meningkat dan sektor swasta mencatatkan sedikit peningkat pekerja daripada ramalan. Ini mencetuskan penetapan semula pemotongan kadar faedah Fed.

Data pasaran buruh mengejutkan pasaran apabila ia bergerak lebih kukuh daripada jangkaan hasil laporan JOLTS pada Selasa.

Tumpuan dagangan kini beralih kepada laporan Non-Farm Payroll (NFP) pada Jumaat kerana pasaran AS akan ditutup pada Khamis menjelang hari Kemerdekaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat