Emas ‘Menggila’ Pada Awal Tahun 2022

4,116

Logam berharga emas memulakan dagangan pada tahun 2022 dengan lebih kukuh, mempertahankan keuntungan yang diraihnya sebelum penutupan pasaran minggu lalu.

Ketika penulisan, spot emas diniagakan menguat di tahap tertinggi lima minggu pada sekitar harga $1,827 per auns, susut sedikit dari paras $1,830 yang disentuhnya pada awal sesi Asia.

Dagangan emas sebelum ini mendapat sokongan daripada kelemahan dolar greenback untuk ditutup lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, 2021 menjadi tahun terburuk buat emas sejak 2015, di mana ia telah kerugian sekitar 4% pada tahun lalu.

Penurunan ini menyusuli pemulihan ekonomi yang kukuh selepas pandemik Covid-19 dan inflasi yang tinggi secara berterusan mendorong bank pusat utama mengetatkan dasar monetari lebih awal dari dijangkakn.

Federal Reserve (Fed) komited untuk menamatkan program pembelian bonnya menjelang bulan Mac dan melihat tiga kenaikan kadar faedah pada tahun 2022.

Sementara Bank Pusat England (BOE) telah mengejutkan pasaran dengan menjadi bank pusat G7 pertama yang menaikkan kadar faedahnya sejak pandemik bermula.

Namun, sebagai pelindung nilai kepada inflasi dan ketidakpastian mengenai Covid-19 yang masih membelenggu pasaran, dagangan emas masih lagi bertahan daripada kejatuhan lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat