Emas Mula Menjunam Dengan Mendadak Semenjak Sentimen Pasaran Berubah

60

Emas sedang mengalami penurunan yang mendadak disebabkan oleh pengukuhan US Dollar. Logam berharga tersebut tenggelam kepada paras terendah gara-gara prospek peningkatan kadar yang lebih tinggi oleh Fed.

Emas dalam sesi ini jatuh sebanyak 0.9% kepada $1,171.18 troy ounce kepada paras terendah sejak bulan Februari yang lalu.

Bagi bulan ini sahaja, emas tenggelam kira-kira 7.6% bulan ini sejak mula merosot tiga minggu lalu.

Dalam bulan ini, silver futures mula memasuki bear market apabila dasar Trump terus menguasai pasaran. Trump dikatakan akan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur dan memulihkan semula ekonomi.

Presiden Emori Capital Management Inc iaitu Tetsu Emori melalui perbualan telefon, selepas Trump memenangi pilihanraya, sentimen pasaran telah berubah secara mendadak. Emas semakin ditolak kebawah semenjak US Dollar menjadi lebih kukuh.

Dua Bank Utama Australia Ini Didenda Sebanyak $15 Juta!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat