Emas Nak Ke Mana Awal Minggu Ini?

895

Emas kekal didagangkan stabil pada permulaan dagangan awal minggu di tengah pergerakan pasaran yang perlahan sebelum mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan sedikit meningkat pada sekitar harga $1,836 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,837 per auns.

Pergerakan harga emas yang tidak banyak berubah mencerminkan kewaspadaan para pelabur dalam meletakkan posisi berikutan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan mengumumkan pengetatan dasar monetari yang lebih cepat dari dijangkakan.

Bagaimanapun, emas tanpa dijangka telah mendapat sokongan untuk meningkat ke paras tertinggi dua bulan pada minggu lepas disebabkan kebimbangan pasaran terhadap lonjakan inflasi global.

Selain itu, pelabur juga meningkatkan pegangan emas sebagai safe-haven berikutan ketidaktentuan dalam pasaran saham menjelang mesyuarat polisi Fed.

Hasil bon AS 10 tahun pula terus merosot dari paras ketinggian dua tahun, dengan berada pada sekitar paras 1.77%. Namun, US dolar bergerak tidak selari dengan hasil bon, memperlihatkannya didagangkan sedikit menokok berbanding mata wang utama.

Walaupun begitu, pergerakan pasaran mungkin lebih agresif pada sesi Eropah dan New York yang bakal dihiasi oleh beberapa data ekonomi dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat