Emas Semakin Paparkan Kenaikan, Ada Harapan Untuk Melonjak

915

Dagangan logam kuning berharga bergerak perlahan pada penghujung minggu setelah meningkat sedikit berbanding penurunan pada Khamis.

Harga emas pada sesi Asia semalam membuat penurunan sehingga ke paras sokongan 1938.00 pada carta XAU/USD dan masih gagal menembusi paras tersebut setelah di uji pada sesi berikutnya.

Kenaikan harga pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini pula melihatkan harga naik menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga juga pada zon SBR (support become resistance) sekitar 1953.00.

Faktor penyusutan semula US dolar dalam pasaran membantutkan penurunan harga emas jatuh ke paras lebih rendah.

Sentimen pasaran sedikit pulih dengan laporan positif berkenaan vaksin yang dijangkakan bakal tersedia pada Oktober.

Namun beberapa isu lain perlu dipantau bagi menilai sentimen pasaran seperti isu melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan China, pasaran minyak global, kadar kes pandemik Covid-19 dan lain-lain yang boleh mempengaruhi turun naik harga emas.

Penurunan harga akan kembali menguji paras sokongan 1938.00 dan jika berjaya melepasi paras tersebut, zon support 1900.00 akan menjadi tumpuan semula.

Sebaliknya jika harga berjaya meneruskan kenaikan, harga berkemungkinan mencapai paras ketinggian 1975.00 yang merupakan paras resistance harga.

Jika harga kekal melonjak tinggi, pelabur ingin melihat reaksi harga setelah mencapai paras 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat