Emas Sempat Mengukuh, Sentimen ‘Bearish’ Kekal Tinggi Menjelang Data Penting Minggu Ini!

508

Emas melonjak dari paras rendah Jumaat lepas dengan mengambil kesempatan disebalik kejatuhan mata wang dolar AS.

Minggu ini peserta pasaran perlu bersiap sedia dengan data keluaran Federal Reserve (Fed) berkenaan inflasi iaitu Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna (PCE) pada hujung minggu ini.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,327.19 iaitu susut sedikit sebanyak 0.31% sejak dibuka pada awal sesi dagangan Asia pagi tadi. Manakala, mata wang USD turun di saat hasil bon Perbendaharaan AS kukuh.

Selera para pelabur pasaran kini semakin berisiko dan menjadi pendorong mereka beralih ke logam emas. Hasil bon Perbendaharaan AS adalah tidak berubah dengan kekal pada 4.253%.

Indeks Dolar AS (DXY) dilihat jatuh berbanding kumpulan enam mata wang utama sebanyak 0.26% kepada 105.53.

Doket ekonomi AS iaitu PCE yang menjadi panduan utama Fed dalam menilai inflasi bakal diterbitkan Jumaat ini. Jika angka sejajar dengan ramalan, ia bermakna proses disinflasi sedang bergerak dan akan meningkatkan harapan berlakunya pemotongan kadar faedah pada September.

Para pelabur kini meningkatkan ramalan peluang kepada 66% untuk berlakunya pelonggaran dasar berbanding sebelum ini iaitu 59.5%.

Dalam pada itu, Presiden Fed San Francisco Mary Daly berkata pasaran buruh sedang alami perubahan di mana kelemahan seterusnya menandakan angka pengangguran semakin tinggi. Ucapannya yang bernada dovish itu memberi amaran bahawa inflasi bukanlah satu-satunya risiko yang Fed hadapi.

Kontrak hadapan dana Fed Disember 2024 membayangkan Fed akan melonggarkan dasarnya sebanyak 36 mata asas menjelang akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat