Emas ‘Stop’ Kejap, Sebelum Sambung Kenaikan

970

Logam berharga emas menuju kenaikan mingguan kedua berturut-turut menyusuli penurunan dalam hasil perbendaharaan AS.

Setelah berminggu-minggu bergerak lemah di sekitar paras harga yang sama, emas melonjak ke paras tertinggi sejak 26 Februari ketika hasil bon 10 tahun AS menjunam ke tahap terendah hampir 2 bulan.

Hasil bon susut lebih rendah sehingga mencecah paras 1.52%, sebelum kembali mencatat kenaikan di sekitar 1.57% pada awal sesi Asia hari ini.

Pada sesi sebelum ini, pasaran telah diperlihatkan dengan penerbitan data jualan runcit AS yang kuat pada bulan Mac. Ini menunjukkan permintaan pengguna kembali pulih dengan sokongan daripada pelancaran vaksin dan pakej rangsangan.

Bacaan positif ini sedikit memberi tekanan buat dagangan emas, menyebabkan kenaikan yang dicatatkan pada sesi New York terhenti di sekitar $1,795 per auns. Namun, logam kuning itu kembali menyambung kenaikan pada penghujung sesi Asia di sekitar $1,763 per auns.

Selain itu, kenaikan emas juga turut disokong oleh kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang mengulangi pendiriannya untuk kekal dengan dasar monetari yang longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat