Emas Sudah Tak Laku?

713

Logam kuning emas kekal bergerak pada sekitar harga yang sama walaupun di tengah-tengah kesuraman dalam dagangan US dolar.

Sesi pasaran Asia menyaksikan spot emas didagangkan pada $1,651 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,656 per auns.

Meskipun US dolar terus didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama, namun hasil bon yang tinggi membataskan dagangan emas.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun kukuh pada sekitar paras tertinggi 14 tahun pada 4.02% dengan pelabur terus mengekalkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed).

Selain itu, sentimen pasaran yang bertambah baik juga menghapuskan dorongan pelabur untuk mendapatkan pegangan terhadap safe-haven.

Penerbitan laporan pendapatan korporat suku tahunan di Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan sedikit sebanyak membantu meredakan kebimbangan pelabur terhadap kemelesetan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat