Emas Susut Lebih Lemah Di Sebalik Kejatuhan PPI AS, Apa Yang Sedang Berlaku?

550

Emas alami kejatuhan ketara semasa penghujung sesi dagangan Asia pada Khamis selepas mencecah paras $2,326. Federal Reserve (Fed) melihat hanya satu potensi berbanding tiga cadangan untuk lakukan pemotongan kadar faedah berdasarkan laporan Ringkasan Unjuran Ekonomi (SEP) 2023.

Dengan pada itu, data ekonomi AS terkini yang bercampur-campur meningkatkan nilai mata wang dolar AS dan menjejaskan logam kuning.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,306.32 iaitu naik sedikit 0.10% sejak ia dibuka pada dagangan hari Jumaat.

Data AS daripada Biro Statistik Buruh (BLS) menunjukkan angka yang lebih rendah oleh pengeluar dan bilangan rakyat Amerika Syarikat dalam laporan pengangguran melebihi daripada anggaran dan bacaan sebelumnya.

Sentimen ekonomi terkini menunjukkan bahawa Fed mempunyai peluang untuk melonggarkan dasarnya dan pegawainya meramalkan kira-kira pemotongan 25 mata asas menjelang akhir tahun 2024.

Namun, Lembaga Perdagangan Chicago melihat sebanyak 39 mata asas pelonggaran berdasarkan kontrak dana Fed 2024 untuk Disember.

Hasil nota Perbendaharaan AS 10 tahun susut tujuh mata asas daripada 4.310% kepada 4.242% dan ini akan memberi kesan kepada harga emas di saat tindakan China menghentikan belian emas.

Berita berkenaan tindakan PBOC yang menghentikan aktiviti belian jongkong emas selama 18 bulan berturut-turut sebelum ini telah menjejaskan nilai logam berharga itu. PBOC kekal stabil pada 72.80 juta troy auns emas pada bulan Mei.

Pada hari Rabu, Jerome Powell berkata mereka kurang yakin tentang jangkaan inflasi untuk direndahkan dan sedia untuk bertindak balas jika data pekerjaan melemah diluar jangkaan. Kenyataannya itu menyebut bahawa dia hanya menekankan keperluan untuk melihat proses disinflasi ke arah sasaran Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat