Emas Terpaksa Mengaku Kalah Dalam Sesi Dagangan Hari Ini

40

Harga emas merosot dalam sesi Asia selepas data dari China dikeluarkan.

China berkata bahawa pelaburan asset tetap bagi bulan Oktober meningkat. Sementara itu, data pengeluaran perindustrian serta jualan runcit di China turut melonjak.

Terdahulu, Jepun mengumumkan bahawa data KDNK bagi suku ketiga meningkat sebanyak 0.5%.

Pun begitu, dalam laporan berasingan, komen Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda terhadap data inflasi turut mendapat perhatian pasaran.

Emas bagi penghantaran Disember di New York jatuh 0.55% kepada $1,217.55 satu troy ounce. nasib yang sama juga menimpa silver futures apabila merosot dalam sesi ini. Pun begitu, copper futures melonjak sebanyak 2.31%.

Copper dirangsang minggu lalu selepas Trump menaikkan prospek peningkatan perbelanjaan infrastruktur di China.

Lewat minggu ini, pelabur akan mencari isyarat mengenai kenaikan kadar oleh Fed menerusi ucapan Janet Yellen.

Minggu lepas, harga emas jatuh selepas kejutan kemenangan Trump menerusi pilihanraya presiden AS. Selain itu, komoditi ini terus dalam tekanan apabila US Dollar mencatat lonjakan berganda minggu lepas.

Update Matawang Sesi Asia Untuk Trader Yang Open Position Pagi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat