Emas Terperangkap Di Antara 2 Faktor Ini!

1,527

Harga emas mendatar pada sesi Asia ketika US dolar dan hasil perbendaharaan AS yang lebih kukuh membebankan daya tarikan terhadap logam kuning.

Spot emas sedikit berubah dengan pergerakan harga terus berlegar pada paras sokongan pada $1,780 per auns, menantikan pemangkin yang jelas untuk merangsang pergerakan lebih agresif.

US dolar terus mempertahankan pengukuhan berbanding pesaing utamanya, sementara hasl bon pula kembali mendaki di atas 1.40% selepas jatuh ke tahap terendah pada Jumaat.

Menjadi tumpuan utama pelabur emas kini adalah penerbitan data inflasi dari Amerika Syarikat dan China pada minggu ini yang dijangka akan terus menunjukkan peningkatan dalam harga.

Menurut penganalisis, harga emas kini terperangkap di antara dua faktor, iaitu jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) yang lebih cepat dan permintaannya sebagai lindung nilai kepada inflasi.

Hal ini membuatkan pergerakan harga emas terus berlegar di sekitar harga yang sama pada sesi dagangan hari ini.

Namun, bacaan inflasi yang tinggi dijangka bakal memberi sokongan sementara buat dagangan emas memandangkan lebih banyak bank pusat utama lain masih mahu menunggu dan lihat berbanding Fed yang ingin segera bertindak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat