Emas Terperosok Ke Paras Terendah 2 Bulan!

6,472

Harga emas menghampiri paras terendah dua bulan sehingga mendorong logam berharga itu ke bawah paras harga $1,900 per auns ketika US dolar terus mempertahankan pengukuhannya.

Dagangan spot emas diniagakan berlegar pada $1,897 per auns ketika sesi Asia, manakala niaga hadapan emas pula stabil pada $1,900 per auns.

Penularan baharu Covid-19 di Beijing dan penutupan berterusan di Shanghai telah menimbulkan ketidakpastian baharu terhadap pertumbuhan ekonomi global.

China mengarahkan ujian besar-besaran di daerah Chaoyang, dan menutup beberapa kawasan di ibu kota yang mempunyai lebih 20 juta rakyat.

Keadaan ini dijangka akan mengganggu lagi rantaian bekalan yang sudah sedia buruk dan berkemungkinan mendorong inflasi lebih tinggi.

Walaupun begitu, safe-haven emas gagal memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkat kerana dilemahkan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah lebih pantas oleh Federal Reserve (Fed) dan pengukuhan US dolar.

Selain itu, emas juga terkesan dengan implikasi daripada kebimbangan terhadap kekurangan permintaan untuk emas dan perak yang keluar dari China.

Dolar Amerika pula melonjak ke paras tertinggi terbaharu dua tahun berikutan keyakinan pelabur untuk kenaikan kadar dan juga mendapat manfaat sebagai safe-haven berikutan situasi di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat