Emas Tersungkur Gara-gara Ekonomi AS!

378

Malang buat dagangan emas kerana gagal mempertahankan keuntungannya setelah diperlihatkan dengan data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkakan.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS tanpa dijangka berkembang sebanyak 3.2% pada suku Julai-September, jauh lebih baik daripada anggaran awal untuk pertumbuhan 2.9%.

Turut memaparkan bacaan memberangsangkan adalah data tuntutan pengangguran AS yang meningkat lebih rendah daripada dijangkakan, menandakan pasaran buruh terus kukuh.

Dengan kekuatan yang dipaparkan kedua-dua data tersebut, ia mengukuhkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan pengetatan dalam dasar monetarinya lebih lama.

Ini menyebabkan US dolar kembali bangkit dan mendorong emas merosot lebih 1% kepada paras harga $1,784 per auns daripada $1,820 per auns sebaik sahaja data dikeluarkan.

Namun, logam kuning itu kembali didagangkan stabil pada sesi Asia hari ini pada sekitar harga $1,794 per auns.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada terbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) AS yang juga merupakan ukuran inflasi utama Fed pada sesi New York akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat