Emas Terus Bergerak Ke Atas, Mesyuarat Polisi FOMC Nanti Selamat Ke?

464

Sentimen pasaran terus menyebelahi dagangan emas sehingga mendorong logam berharga itu lebih tinggi pada sesi Asia hari ini.

Spot emas didagangkan mengukuh pada $1,856 selepas meningkat lebih $20 pada sesi dagangan sebelum ini, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,860 per auns (11.15 pagi waktu Malaysia).

Ketua Majoriti Senat, Mitch McConnell yang mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi Kongres lain hari ini, memberitahu bahawa kemajuan ketara dalam pakej bantuan Covid-19 sedang dijalankan dan beliau optimis kesepakatan akan dapat dicapai dalam waktu terdekat.

Sementara itu, pemimpin Parti Republik Kevin McCarthy memberitahu bahawa rundingan mengenai langkah rangsangan bergerak ke arah yang betul dan semakin hampir untuk kesepakatan.

Selain itu, kebimbangan terhadap peningkatan berterusan kes coronavirus di seluruh dunia sehingga membawa sekatan lebih ketat dilaksanakan turut menyokong dagangan emas.

Dalam pada itu, mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis akan menjadi tumpuan utama pasaran yang menantikan petunjuk mengenai arah dasar monetari AS pada tahun 2021 oleh Federal Reserve (Fed). Sebilangan besar pasaran percaya bahawa Fed akan mengekalkan dasar monetari semasanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat