Emas Terus Mendaki! Adakah $2000 Sasaran Seterusnya?

670

Harga emas melanjutkan kenaikan lebih jauh selepas mendapat sokongan daripada kemerosotan greenback dan hasil bon AS yang lemah.

Sesi Asia menyaksikan logam berharga itu didagangkan mengukuh pada $1,980 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,997 per auns.

Raja mata wang US dolar terus ditekan ke bawah kerana masih terkesan oleh kenyataan dovish penggubal dasar Federal Reserve (Fed) yang menyokong kenaikan kadar dihentikan sementara pada mesyuarat Jun.

Ini bagi memberi ruang buat bank pusat itu menilai impak daripada kadar faedah yang telah dinaikkan ke atas ekonomi negara itu.

Rentetan daripada itu, US dolar gagal memanfaatkan data pekerjaan ADP sektor swasta Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada jangkaan pada bulan Mei.

Pelabur seterusnya memberi tumpuan kepada laporan pekerjaan NFP AS pada sesi New York akan datang yang dijangka mencatat pertambahan lemah pada bulan Mei dan kadar pengangguran meningkat kepada 3.5%.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat