Emas Terus Meninggi! Sudah Sedia Untuk Data Inflasi AS?

1,349

Pembukaan dagangan hari Rabu menyaksikan logam berharga emas mengukuh di paras tertinggi hampir dua minggu ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Data inflasi AS dijangka akan menunjukkan peningkatan lebih tinggi pada Januari, di mana secara tahunannya ia diramal meningkat kepada 7.3% selepas data pekerjaan yang kukuh pada minggu lepas.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun turut mencatat peningkatan susulan jangkaan tersebut, tetapi lebih rendah pada sesi Asia berbanding paras tertinggi sejak November 2019 yang dicapai pada sesi sebelumnya.

Logam kuning emas yang biasanya dianggap sebagai lindung nilai kepada inflasi, mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelabur menjelang pengeluaran data pada Khamis.

Emas juga memanfaatkan kelemahan yang dipaparkan US dolar untuk meningkat lebih tinggi, selain turut disokong oleh ketidaktentuan geopolitik di Eropah Timur yang terus membelenggu pasaran.

Ketika penulisan, spot emas didagangkan stabil pada $1,827 per auns, sementara niaga hadapan emas pula menokok pada sekitar harga $1,828 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat