Emas Terus Naik Menjelang Data Inflasi AS! Petanda Apakah Ini?

1,181

Harga emas meneruskan kenaikan lebih tinggi di atas paras harga $1,830 pada sesi Asia ketika pelabur kini mensasarkan tumpuan kepada data inflasi Amerika Syarikat.

Spot emas diniagakan stabil pada harga $1,834 per auns, menghampiri paras tertinggi dua minggu. Sementara niaga hadapan emas pula sedikit suust pada $1,835 per auns.

Indeks harga pengguna (CPI) AS dijangka akan menunjukkan peningkatan 0.5% pada bulan Januari dan melonjak kepada 7.3% secara tahunan.

Jangkaan ini turut diakui oleh White House yang memberi amaran bahawa kadar inflasi AS akan meningkat lebih tinggi pada Januari.

Sekiranya kadar inflasi terus meningkat dengan ketara, Federal Reserve (Fed) mungkin perlu mempercepatkan rancangannya untuk mengetatkan dasar monetari.

Sementara itu dalam perkembangan di Eropah Timur, Rusia terus meningkatkan keupayaan ketenteraannya di sepanjang sempadan dengan Ukraine dan Belarus.

Ketegangan geopolitik antara kedua-dua negara itu tampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mereda dan ini memberi keuntungan kepada logam kuning emas sebagai safe-haven.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat