Emas Terus Tanggung Derita!

850

Emas terus tergelincir lebih rendah pada Khamis setelah dilemahkan oleh kekuatan US dolar dan jangkaan kenaikan kadar faedah yang besar daripada Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan susut pada $1,695 per auns, manakala niaga hadapan emas pula suram pada $1,705 per auns.

Dagangan emas yang dianggap sebagai lindung nilai inflasi, telah jatuh ketara susulan keluaran data harga pengguna Amerika Syarikat yang menunjukkan inflasi masih berada di paras tertinggi 40 tahun pada bulan lalu.

Angka yang dicatatkan telah mendorong pelabur untuk melihat kemungkinan kenaikan kadar 100 mata asas oleh Fed pada mesyuarat FOMC minggu depan, walaupun mereka melihat peluang lebih besar untuk peningkatan 75 mata asas.

Dalam pada itu, indeks harga pengeluar (PPI) AS yang dikeluarkan pada sesi sebelum ini menunjukkan penurunan untuk bulan kedua berturut-turut berikutan kejatuhan dalam harga petrol.

Bagaimanapun, pasaran tidak mempamerkan pergerakan ketara susulan data tersebut yang terus melihatkan US dolar kekal kukuh di paras tertinggi dan emas pula jatuh lebih rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat