Emas Tetap Bertahan Meskipun USD Kukuh!

564

Emas terus mengekalkan momentum pengukuhannya menjelang dagangan penghujung minggu, yang masih disokong oleh kenyataan dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell dan kenaikan inflasi AS yang tinggi.

Setelah mencecah paras lebih tinggi pada Khamis, $1,834 per auns, emas diniagakan berlegar di sekitar harga $1,827 dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data jualan runcit AS.

Pengerusi Federal Reserve (Fed) AS, Jerome Powell memberi keterangan untuk hari kedua mengenai dasar monetari di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat.

Beliau terus dengan pandangan dovishnya dengan mengatakan bahawa akan menjadi kesalahan bagi Fed untuk bertindak sebelum waktunya bagi memerangi inflasi yang bersifat sementara.

Bagaimanapun, Powell mungkin tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan rangsangan dalam dasar monetarinya seperti bank pusat lain, tetapi data AS yang positif mungkin akan memaksanya berbuat demikian.

Sebagai contoh, ini dapat dilihat daripada bacaan data jumlah tuntutan pengangguran AS semalam, yang menunjukkan penurunan pada minggu lalu. Malah, bacaan data inflasi yang tinggi sebelum ini juga masih lagi menguatkan lagi keyakinan pasaran untuk melihat Fed mula mengetatkan dasar monetarinya.

Data jualan runcit pada malam ini dijangka akan mempamerkan peningkatan berbanding bacaan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat