Emas Tidak Bermaya Menanti Minit FOMC

301

Kewaspadaan pasaran membataskan pergerakan logam kuning emas untuk didagangkan mendatar pada sesi dagangan Rabu.

Sesi Asia memperlihatkan harga emas berlegar pada sekitar harga yang sama pada $1,740 per auns, memadamkan keuntungan yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Pelabur kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada laporan minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada awal pagi Khamis.

Sementara itu, pelabur akan diperlihatkan terlebih dahulu dengan data ekonomi Amerika Syarikat pada sesi New York.

Pasaran juga terus meneliti kenyataan beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) yang berkumandang sejak minggu lalu.

Terbaharu, Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester mengulangi semula kenyataan beliau sebelum ini bahawa penurunan inflasi kekal kritikal buat bank pusat.

Presiden Fed Kansas City, Esther George pula berkata bank pusat mungkin perlu menaikkan kadar faedah ke tahap lebih tinggi dan membiarkannya lebih lama untuk menurunkan inflasi.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa masih terdapat pembuat dasar yang berpendapat kenaikan kadar perlu diteruskan dan ada juga yang berpandangan bahawa peningkatan yang lebih perlahan diperlukan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat