Empat Cara Anda Boleh Memanfaatkan Penggunaan Kad Kredit

4,054

Hasil tinjauan menunjukkan ramai orang di luar sana yang tidak sukakan kad kredit.

Mungkin kerana credit card ni dipandang sebagai sesuatu yang negatif sebab ianya ‘credit’ i.e. berhutang. Dan memang berhutang terlalu banyak ni tak baik untuk kesihatan kewangan kita.

Tapi sebenarnya tak.

Credit card ni bukan baik digunakan sebab hutang tu. Tapi sebab banyaknya manfaat yang boleh diperolehi daripada penggunaannya.

1) Cash rebate

Ini biasanya sebab utama kenapa orang suka berbelanja dengan credit card untuk sesetengah transaksasi.

Contohnya kalau kita berbelanja RM50 untuk minyak kereta menggunakan Kad Kredit Maybank Petronas Ikhwan, maka 8% (RM4) daripada perbelanjaan tu kita akan dapat balik semasa hujung bulan. Atau kalau beli barang dapur di Tesco dengan Kad Kredit Maybank Mastercard Ikhwan, maka 5% (RM5) daripada tu kita akan dapat balik.

Ianya seolah-olah ada permanent ‘discount’ untuk setiap perbelanjaan kita yang berkaitan.

Contoh untuk bulan Ogos, jumlah cash rebate aku dalam RM43.93. Banyak tu. Cukup untuk beli breakfast seminggu.

2) Points

Maybank diorang ada Treats Points. Dan rasanya setiap bank lain ada juga points yang tersendiri.

Kali terakhir aku kira 1 Treats Points ni bersamaan dalam lebih kurang 0.2 sen. Dan untuk Maybank, setiap perbelanjaan dengan credit card boleh dapat treat points dalam lingkungan 1-5 points. So kalau belanja RM57,500, dapatlah 57,500 points.

Treats Points ni aku biasa tukar kepada cash voucher Aeon / Giant / Tesco je haha. Senang. Setiap 57,500 points boleh dapat RM100 voucher.

3) Expenditure tracker

Maybank dah canggih baru-baru ni. Diorang dah wujudkan sistem untuk tahu kat mana kita banyak berbelanja, sekaligus membenarkan untuk kita tau spending pattern kita.

Banyak apps yang boleh tolong benda ni. Tapi setakat ni tak pernah lagi aku berjaya istiqamah lebih dari 3 bulan haha.

Jadi bila Maybank sendiri yang dah boleh tolong. Ianya sangat membantu.

Kat atas tu contoh perbelanjaan aku masa bulan Ogos. Again, aku memang suka bayar semua benda dengan credit card selagi boleh. Cuma beli nasi lemak makcik tepi jalan dan kedai mamak je aku tak guna credit card.

4) Auto payment

Mesti lepas baca semua ni masih ada yang terfikir, kad kredit ni bahaya… Sebab berhutang. Nanti terlupa bayar macam mana. Kalau belanja lebih dari kemampuan macam mana…

Haa itu satu lagi bagus berkaitan Maybank. Diorang sekarang dah mewujudkan auto-pay untuk semua baki kad kredit kita.

Buat je macam korang nak bayar kad tu dengan Maybank2u. Nanti ada pilihan Auto-Pay kat situ. Malahan boleh pilih untuk auto-Pay bayar minimum ke atau macam mana. Pilihlah Outstanding. Iaitu maksudnya bayar keseluruhan baki kad tu setiap bulan

Ianya sangatlah membantu dalam memastikan kita tak berbelanja melebihi kemampuan dan dikenakan bayaran extra. Sebab ingat, kad kredit ni manfaatnya bukan boleh belanja lebih daripada kemampuan. Tapi ianya boleh menjimatkan perbelanjaan kita kalau betul caranya.

Kad kredit ni sebenarnya ada banyak level, berbeza mengikut tahap income kita. Dan ada sesetengah kad kredit free for life, ada yang kena bayar beratus Ringgit setahun. Obviously yang higher income atau kena bayar benefit dia lagi tinggi. Tapi aku suka free for life je

Sebab kalau kena bayar ni dah ada pressure kena belanja lebih dari yang kita perlu untuk dapatkan waive. Walaupun biasanya setiap tahun masa kena bayar tu boleh je call mintak waived kalau kita biasa guna sampai certain limit. Tapi… Itulah. Terpulanglah rajin ke tak haha.

Sekian

Wallahualam

P/S: bab syariah boleh tanya kepada yang ahli. Yang dipromote di atas ni semuanya syariah compliant credit card.

P/SS: ini bukan iklan Maybank ye. I wish I get paid for this hahaha. Tapi sebab memang pengguna CC Maybank.

.

.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin YussofSila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat