Empat Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini.

75

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. Minit Mesyuarat FOMC

Federal Reserve akan mengeluarkan minit mesyuarat polisi pada awal pagi Khamis.

Bulan lalu bank pusat U.S mengekalkan kadar faedah dan memberi indikasi kemungkinan terdapat kenaikan kadar faedah pada bulan Disember walaupun laporan kadar inflasi masih rendah. Fed juga membuat pengumuman bahawa pelan pengucupan imbangan pembayaran sebanyak $4.5 trillion akan bermula pada bulan Oktober.

2. Saham Eropah dan Sepanyol meningkat

Matawang euro menguat ke paras tertinggi dua minggu lalu berbanding dolar U.S dan saham bank mencatat peningkatan berikutan pasaran Sepanyol yang melonjak naik selepas Presiden Catalonia menangguhkan pengisytiharan kemerdekaan daerah tersebut.

Presiden Catalonia, Carles Puigdemont membuat kenyataan bahawa beliau akan menangguhkan perlaksanaan itu untuk beberapa minggu lagi bagi membuka laluan kepada dialog dengan kerajaan Sepanyol.

Saham IBEX 35 meningkat sebanyak 1.5%, Banco de Sabadell dan Caixabank meningkat 3.2% dan 3.5%.

Pada minggu lepas, dua bank tersebut memindahkan ibu pejabat mereka di luar Catolonia berikutan ketegangan yang semakin memuncak dan khuatir jika pengisytiharan kemerdekaan itu menyebabkan mereka tidak berada lagi dalam Zon Eropah.

3. US Dolar Masih Tertekan

Dolar U.S didagang rendah berbanding enam matawang utama iaitu pada 93.03 pada jam 7.00 p.m, selepas jatuh pada paras terendah sejak 29 September iaitu pada 92.94.

Pertelingkahan antara Trump dan Senator Republik, Bob Corker telah meraih tumpuan pemain pasaran yang dibimbangi mendatangkan kesan buruk terhadap perlaksanaan kod cukai.

4. Nikkei Jepun hampir ke paras tertinggi 21 tahun lalu

Indeks Jepun Nikkei 225 ditutup menghampiri paras tertinggi sejak Disember 1996 pada hari Rabu berikutan sikap optimis pemain pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global dan ketegangan geopolitik yang semakin pudar.

Indeks tersebut telah meningkat 9% pada tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 0.3%. Peningkatan ini juga didorong oleh peningkatan tinggi di Wall Street oleh Dow Jones Indsutrial Average pada hari Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat