Empat Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

69

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

1. Ucapan Janet Yellen pada awal pagi Khamis

Kenyataan terkini daripada Janet Yellen, pengerusi Fed berkenaan kenaikan kadar faedah akan menjadi agenda utama yang dinantikan oleh para pemain pasaran.

Yellen akan berucap di rundingan komuniti perbankan yang dikendalikan oleh Fed St. Louis pada jam 3.15 a.m, awal pagi Khamis.

Komentar beliau akan menjadi indikasi terhadap sebarang perkara baru dalam polisi. Minggu lepas, Yellen mengeluarkan kenyataan bahawa bank pusat akan meneruskan kenaikan kadar faedah walaupun dalam ketidapastian kadar inflasi.

Selain kenyataan Yellen, pemain pasaran juga menanti laporan ekonomi U.S yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Pada minggu ini dolar U.S sedikit menyusut selepas meningkat sepanjang enam minggu ini dengan hasil bon juga sedikit jatuh berikutan spekulasi nada kurang hawkish calon pilihan Presiden Trump yang bakal menggantikan Janet Yellen tidak lama lagi.

2. Komentar Draghi, pengerusi ECB.

Pengerusi ECB, Draghi dijangkakan akan memberi ucapan di Frankfurt pada jam 1.15 a.m, awal pagi Khamis.

Pada minggu lepas, Draghi mengusulkan ECB agar membincangkan tentang pengurangan pembelian bon (tapering) pada awal bulan Oktober.

Sejak itu, matawang Euro menunjukkan peningkatan selepas mengalami penurunan sebanyak $1.18 berbanding U.S dolar.

3. Krisis Catalonia yang semakin buruk.

Krisis Catalonia telah menyebabkan indeks saham Sepanyol Spain’s IBEX jatuh sebanyak 2.5% namun hasil bon kerjaan meningkat apabila Pedana Menteri Spain Mariano Rajoy mengumumkan bahawa undian tersebut tidak sah.

Pada 2 Oktober 2017, Presiden Catalonia, Carles Puigdemont telah membuat kenyataan bahawa Catalonia akan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Spain dalam masa beberapa hari lagi iaitu sama ada dalam minggu ini atau awal minggu hadapan.

Rusuhan semalam telah mendapat reaksi daripada raja Sepanyol , Raja Felipe di mana baginda juga mengatakan undian tersebut adalah tidak sah.

4. Harga minyak jatuh disebabkan laporan data pengeluaran minyak API.

Harga minyak semakin menyusut pada hari Rabu dan mencapai paras terendah dalam tempoh 2 minggu disebabkan spekulasi terhadap laporan pengeluaran minyak mingguan U.S yang dijangka meningkat.

Selepas pasaran ditutup pada hari Selasa, Institut Minyak Amerika mengeluar laporan bahawa terdapat kejatuhan invetori minyak mentah sebanyak 4 juta tong pada minggu terakhir bulan September. Walaubagaimanapun, laporan API menunjukkan peningkatan 4.9 juta tong dalam inventori gasolin.

Laporan rasmi pengeluaran minyak mingguan U.S akan dikeluarkan oleh Energy Information Administration (EIA) U.S pada jam 10.30 p.m

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) susut 0.6% atau 30 sen kepada $50.12, menghampiri paras support paling signifikan $50. Minyak Brent yang menjadi penanda aras harga minyak antarabangsa juga susut sebanyak 38 sen atau 0.7% kepada $55.62 setong setakat jam 8 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat