Empat Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Pembukaan Pasaran New York

36

Pengeluaran minyak OPEC mencecah paras tertinggi, Euro dalam momentum menaik,pengekalan kadar cash rates dan British mahu mengakses pasaran tunggal selepas Brexit. Ini antara topik yang akan dibualkan oleh pelabur, spekulator dan pedagang di seluruh dunia menjelang pembukaan pasaran New York.

  • Harga minyak susut berikutan rekod pengeluaran OPEC

Pengeluaran dari negara-negara OPEC mencatatkan rekod tertinggi pada bulan terakhir ini berikutan pemotongan yang akan bermula pada awal 2017. Menurut laporan Reuters, pembekalan oleh OPEC meningkat sebanyak 34.19 juta tong bulan lepas berbanding 33.82 juta tong sehari pada Oktober. Hal ini menggambarkan pengeluar OPEC memotong pengeluaran mereka hampir 1.69 juta tong sehari untuk mencapai sasaran 32.5 juta tong sehari bermula bulan depan.

Minyak mentah susut dalam sesi Asia hari ini berikutan impak rekod pengeluaran tertinggi OPEC. Rusia pula pengeluar terbesar dari kalangan bukan ahli OPEC dilaporkan mengeluarkan 11.21 juta tong pada November.

  • Euro menghampiri paras tertinggi 3-minggu

Euro didagang stabil pada Selasa setelah bangkit daripada paras terendah semalam selepas pengunduran Matteo Renzi sebagai Perdana Menteri Itali. Renzi mengumumkan pada isnin bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas kekalahan yang agak memalukan dalam referendum tersebut.

Matawang Euro mula berada di bawah tekanan setelah berlaku ketidaktentuan politik setelah Renzi berkata bahawa beliau mahu meletakkan jawatan sekiranya rakyat menolak reformasi perlembagaan.

  • RBA mengekalkan kadar cash rates

Rizab Bank Australia (RBA) ataupun bank pusat di Australia ini mengekalkan kadar cash rates pada mesyuarat terakhir mereka tahun ini pagi tadi. Bank pusat melihat sedikit perubahan yang berlaku sejak bulan lepas. Kali terakhir RBA mengubah kadar ialah pada 2 Ogos lepas dimana RBA memotong 25 mata asas cash rates kepada 1.50%.

RBA mengatakan, ekonomi di Australia meneruskan transisinya berikutan pelaburan yang besar dan mendadak dalam sektor galian. Ada sektor yang perlahan jika dilihat pada kadar pertumbuhan, tetapi pasti ia akan meningkat semula.

  • Britain mahu mengakses EU selepas Brexit

Menteri Kewangan British iaitu Philip Hammond berkata pada Selasa bahawa beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Britain akan terus membuat bayaran kepada Kesatuan Eropah. Hal ini bagi mengekalkan akses yang baik terhadap blok berkenaan. Justeru, apabila ditanya mengenai komen terbabit, Hammond mengatakan bahawa bayaran yang dikeluarkan perlu bersesuaian dengan manfaat yang bakal diperoleh oleh Britain nanti.

 

Ini Idea Trading ‘Goldman Sach’ Pada Tahun 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat