Empat Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Pembukaan Pasaran New York

45
  • Euro meneruskan Kejatuhan

Eur/Usd dilihat bergerak tenang dalam julat 23 pip lima jam lepas (1.0608-1.0629) dari kejatuhan paras terendah pada Khamis 1.0590 selepas keputusan ECB mengekalkan minimum bid rate dan deposit rate.

ECB juga meneruskan program pembelian bon selepas tempoh semasa berakhir pada Mac 2017. Walaubagaimanapun, ECB mengurangkan jumlah pembelian kepada 60 bilion dalam masa sembilan bulan berakhir pada Disember 2017.

Sejurus penetapan polisi monetari ECB itu semalam US dolar juga dilihat menguat selepas kehilangan momentum dalam tempoh dua minggu ini.

  • Pasaran saham Eropah bergerak perlahan

Pasaran ekuiti Eropah dibuka bercampur-campur pada Jumaat selepas melonjak pada Khamis berikutan keputusan ECB meneruskan pakej rangsangan pembelian bon.

Para pemain pasaran ketika ini fokus kepada mesyuarat The Fed pada Rabu depan selepas mesyuarat ECB semalam. Pasaran ketika ini menjangkakan kenaikan kadar Fed Fund Rate pada minggu hadapan dan sebenarnya jangkaan yang begitu kuat ini bermula hampir dua bulan lepas lagi.

  • Pasaran Minyak melonjak semula

Pada masa artikel ini ditulis, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) berada di paras $51.28 setong melonjak dari paras terendah semalam $49.63. Manakala, Brent-oil berada di paras $54.12 setong dari $52.81.

Penyusutan dalam jumlah inventori minyak mentah US semalam telah memberi sokongan kepada harga minyak mentah, tetapi penganalisis mengatakan pengeluaran US akan membunuh perjanjian yang dibuat OPEC. Walaubagaimanapun, minyak mentah dunia akan mendapat sokongan dari perjanjian pemotongan yang telah dibuat dalam jangka masa pendek.

  • Syarikat Capita menggunakan robot sebagai pekerja

Capita Plc adalah sebuah syarikat yang menunjukkan prestasi buruk dalam indeks FTSE 100 selepas mengumumkan perancangan untuk mengurangkan kos operasi dengan menggantikan pekerja sedia ada dengan robot.

Syarikat ini mengatakan, mereka perlu mengurangkan 2,000 pekerja berikutan prestasi syarikat yang kurang menguntungkan. Capita juga akan menggunakan dana yang disimpan dalam pelaburan mereka dalam untuk membangunkan teknologi di keseluruhan bahagian syarkat mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat