Empat Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Pembukaan Pasaran New York

37

Fokus beralih kepada data pertumbuhan ekonomi US, US Dolar kehilangan momentum, Montei dei Paschi berhadapan risiko campurtangan kerajaan, dan Bitcoin mencapai paras tertinggi sejak 2014. Ini antara topik yang menjadi perbualan pemain pasaran, pelabur dan pedagang online dalam pembukaan pasaran New York.

  • Laporan Pertumbuhan ekonomi US malam ini

Jumlah dagangan dalam pasaran kewangan dunia sudah mula berkurangan berikutan perayaan Krismas hujung minggu ini. Laporan data pertumbuhan ekonomi US akan menjadi perhatian pelabur pada hari ini.

Data pertumbuhan ekonomi, KDNK (GDP) ini akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam ini bersama dengan data tuntutan faedah pengangguran US dan data tempahan durable goods.

Data-data ini dijangka akan menjadi tema penggerak utama pasaran forex pada minggu ini.

  • US Dolar kehilangan momentum

US dolar kehilangan momentum pada Khamis yang dilihat melemah dari paras tertinggi 14 tahun lalu berbanding enam matawang utama dunia berikutan aktiviti pengambilan untung (take-profit) menjelang Krismas hujung minggu ini.

Indeks US dolar susut 0.25% ke paras 102.78. Dalam sesi Selasa indeks ini meningkat ke paras 103.62 iaitu paras tertinggi sejak tahun Disember 2002.

Usd/Jpy berada di sekitar 117.54 melemah dari paras 118.65 minggu lalu.

Euro pula menguat berbanding greenback naik 0.4% ke paras 1.0468 yang melantun dari paras terendah 1.0352 Selasa yang terendah sejak Januari 2003.

  • Montei dei Paschi semakin pasti di bail-out oleh kerajaan

Bank tertua dunia Montei dei Paschi berpotensi untuk gagal mengumpulkan dana 5 bilion Euro dan berhadapan risiko campurtangan kerajaan yang terbesar sejak sedekad yang lalu.

Tiada pelabur besar yang berminat dalam penjualan saham mereka menurut bank yang berpangkalan di Itali ini. Sebelum ini para pelabur telah mencairkan pelaburan mereka dalam pasaran bon berjumlah 2.5 bilion euro.

Syarikat pengurusan dana dari Qatar yang sebelum ini dikaitkan dengan pelaburan 1 bilion Euro tidak menunjukkan komitmen untuk membeli saham Montei dei Paschi.

Penganalisis Manuela Meroni mengatakan, “Campurtangan kerajaan akan berlaku yang akan merisikokan pemegang saham Montei Paschi dan jika bank ini dapat diselamatkan akan mengurangkan ‘systemic risk‘ dalam sektor perbankan Itali”.

  • Bitcoin mencapai paras tertinggi sejak 2014

Matawang digital (bitcoin) ini mencapai paras tertinggi sejak Januari 2014 pada Khamis.

Bitcoin didagangkan di paras $875 di New York sebelum jatuh ke paras $870 yang meningkat sebanyak 4%.

Bulan ini sahaja bitcoi sudah merekodkan kenaikan sebanyak 18% berikutan pembelian pukal dari China dan India berikutan para pelabur menjadikan matawang digital ini untuk mengurangkan risiko penyusutan nilai matawang dan kekurangan tunai.

Pelabur dari US dan Eropah juga dilihat antara pembeli terbesar yang menjadikan bitcoin sebagai pilihan ‘safe haven‘ berikutan risiko peralihan pentadbiran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat