Empat Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Pembukaan Pasaran New York

48

US dolar melonjak semula, Menjelang perjanjian OPEC, Lonjakan pasaran logam. Ini antara perkara yang diceritakan oleh pemain pasaran di seluruh dunia pada pembukaan pasaran New York.

US dolar melonjak!

US dolar pada tiga jam lepas melonjak berbanding matawang utama yang lain dengan Gbp/Usd jatuh hampir 150 pip. Manakala Eur/Usd jatuh sebanyak 60 pip. Tidak dapat dipastikan apa penyebab penguatan secara tiba-tiba USD ini dan ada pendapat mengatakan ia berikutan laporan ekonomi dan prospek pertumbuhan yang dikeluarkan oleh OECD pada pukul 5 petang tadi yang mengatakan US sebagai pemacu pertumbuhan utama ekonomi dunia pada 2017 dan 2018.

Dalam laporan ini juga dapat dilihat kebanyakan negara mengikut tren pertumbuhan ekonomi dunia kecuali salah satunya ialah United Kingdom. United Kingdom dijangkakan akan mencatatkan pertumbuhan yang semakin merosot pada 2017 dan 2018.

Harga Minyak jatuh

Sentimen terbaru bahawa Arab Saudi yang menyatakan tidak akan bertemu dengan Rusia yang menyebabkan harga minyak terus jatuh. Kegagalan dalam perjanjian ini akan menyebabkan harga minyak dunia terus jatuh, manakala perjanjian yang kukuh akan mengukuhkan lagi harga minyak yang berpotensi berada dalam julat harga $60 setong.

Pada ketika ini minyak mentah WTI berada di paras $45.85 setelah berada di paras tertinggi minggu lepas di $49.14 setong. Hal ini berikutan ketaktentuan dalam perjanjian ini yang masih menyelubungi sentimen terkini di kalangan pelabur dan pedagang minyak.

Logam melonjak

Pasaran logam pada tahun ini berada dalam tren kanaikan dengan dagangan semalaman di Shanghai menambahkan lagi lonjakan pasaran logam seperti Zink. Manakala Kuprum (Copper) telah melonjak sebanyak 23% pada bulan ini yang tertinggi dalam masa 10 tahun. Masih ada kerisauan di China bahawa harga mungkin akan terhenti yang disebabkan aktiviti spekulasi.

Indeks saham bercampur-campur

Indeks MSCI Asia Pasifik yang meningkat 0.8% dan Topix naik  pada hari ke-12 berturut-turut dengan peningkatan dalam pendapatan sektor perbankan. Di Eropah, Stoxx 600 menyusut 0.4% dengan sektor perbankan Itali kebanyakan mencatatkan kerugian berikutan referendum Itali minggu hadapan memburukkan lagi sentiment pelabur di Eropah. S&P 500 menyusut 0.2%.

 

Kecuali United Kingdom!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat