Matawang Euro adalah matawang kedua terkuat di belakang US dollar pada minggu lalu dengan ia menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain. Walaupun dengan prestasi Euro yang kuat, namun data-data ekonomi tidaklah begitu memberangsangkan.
Pengukuhan Euro bermula sejak daripada hari Isnin dengan tiada bukti pemangkin yang jelas. Namun apabila dilihat kepada hasil bon Eropah sememangnya terdapat kenaikan kepada Hasil-Bon 10-tahun Jerman pada hari Isnin, Rabu, dan Khamis. Ia sekaligus telah menyokong kenaikan matawang Euro.
Matawang Euro juga membuat kenaikan pada Rabu walaupun dengan bacaan inflasi, CPI yang meleset daripada jangkaan dengan hanya naik 1.30% berbanding ramalan 1.40%. Pada ketika itulah hasil bon di Eropah mulai membuat kenaikan sekaligus juga menyokong matawang tunggal.
Hasil bon Eropah meneruskan kenaikan sehinggalah hari Jumaat dan kekal di paras tinggi pada penghujung minggu lalu.
Berikut adalah enam news dan event besar pada minggu ini:
#1 Data-data PMI Zon Eropah (Isnin)
Data-data PMI Zon-Eropah yang dikeluarkan pada Isnin merekodkan bacaan yang kurang memberangsangkan. Indeks PMI sektor pembuatan mencatat bacaan 56.0 kurang daripada jangkaan 56.6. Manakala data PMI sektor perkhidmatan meningkat sedikit 54.1 berbanding jangkaan 53.9 dan bacaan sebelum ini 53.9. Matawang Euro tertekan selepas data ini dikeluarkan.
#2 Data inflasi CPI Australia (Selasa)
Data ini akan dikeluarkan pada pukul 9.30 pagi pada hari Selasa. Australia hanya mengeluarkan data inflasi, CPI sekali bagi setiap 3 bulan yang menjadikan data ini sebagai data yang ditunggu-tunggu oleh pasaran. Bacaan sebelum ini meningkat 0.6% pada suku keempat 2017 dengan pasaran menjangka bacaan kali ini merekod kenaikan sebanyak 0.5%.
#3 Penetapan Polisi Monetari ECB (Khamis)
European Central Bank (ECB) akan mengumumkan polisi terbarunya pada pukul 7.45 malam dan diikuti dengan sidang media Mario Draghi pada pukul 8.30 malam. Sebelum ini bank pusat menunjukkan bahawa tiada potensi kenaikan jumlah pembelian bon. Namun, minit mesyuarat ECB pula memberikan komen yang dovish tentang halatuju polisi monetari di masa hadapan.
Bank pusat Eropah (ECB) menunjukkan bahawa kenyataan mereka dalam polisi monetari sebelum ini tidak patut disalah anggap. “Perubahan kepada perkataan itu tidak patut disalah anggap sebagai satu perubahan arah polisi monetari. Bukan itu sahaja, ECB juga mengutarakan kebimbangan mereka terhadap perang perdagangan dengan Amerika Syarikat dan juga menunjukkan potensi kesan negatif kepada kekuatan matawang Euro.
#4 Penetapan Polisi Monetari BOJ (Jumaat)
Penetapan kali ini adalah ulang tahun ke-lima Haruhiko Kuroda sebagai Gabenor Bank of Japan (BoJ). Ia juga adalah ulang tahun ke lima seja Jepun memulakan program QQE untuk melemahkan matawang Yen. Bank pusat mengalami kesukaran untuk mencapai sasaran inflasi CPI 2% walaupun tidak lagi berhadapan dengan masalah deflasi. Dalam mesyuarat kali ini, bank pusat dijangka sekali lagi mengekalkan kadar faedah di paras -0.10% dan terus membeli bon bagi mengekalkan kadar faedah jangka panjang di paras 0%.
#5 Data Pertumbuhan GDP UK (Jumaat)
Data ini akan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang pada Jumaat dengan jangkaan pasaran data ini meningkat 0.3% berbanding kenaikan 0.4% yang dicatat sebelum ini. Ini adalah data penting bagi melihat prestasi semasa ekonomi UK.
#6 Data Pertumbuhan GDP AS (Jumaat)
Data ini akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam pada Jumaat. Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada kadar 3% dalam suku kedua, ketiga dan keempat pada 2017. Ini adalah data penting yang akan diteliti pada Jumaat bagi melihat prestasi semasa ekonomi terbesar dunia. Laporan ini dijangka merekodkan bacaan perlahan daripada 2.9% sebelum ini kepada hanya 2.0% pada suku pertama 2018.