Enam NEWS Besar Tumpuan Utama Pasaran Pada Minggu Ini (30 Julai-3 Ogos)

882

Ini adalah minggu yang sibuk kepada peMain-pemain pasaran termasuk pedagang runcit (retail-trader) dengan beberapa ‘news besar’ yang akan dikeluarkan termasuk penetapan polisi monetari The Fed, Bank of Japan (BoJ) dan Bank of England (BoE).

Selain itu, data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang menjadi perhatian setiap minggu pertama setiap bulan turut akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

Selepas daripada pertemuan antara Trump-Juncker pada minggu lalu, isu perang perdagangan akan terus diteliti dan diperhatikan oleh pasaran pada minggu ini.

Berikut adalah Enam berita dan peristiwa yang akan menjadi perhatian utama pasaran pada minggu ini.

#1 Penetapan Polisi Monetari BoJ (Selasa)

Bank of Japan (BoJ) akan mengumumkan dasar monetari terbarunya pada pagi Selasa di mana pasaran menjangka tiada perubahan yang akan dibuat. Laporan minggu lalu menunjukkan BoJ sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan rangsangan bagi mengukuhkan program tersebut. Sejak akhir-akhir ini, bank pusat cuba mengurangkan pembelian bon di mana esok kita akan mendapat maklumat yang lebih jelas daripada BoJ.

#2 Data Inflasi Zon-Eropah (Selasa)

Selain daripada beberapa penetapan dasar monetari oleh bank pusat, data inflasi daripada Zon Eropah juga akan diteliti pada Selasa. Data ini akan dikeluarkan pada pukul 5 petang. Bacaan terbaru pada bulan Jun menunjukkan bacaan yang berbeza antara inflasi (CPI) dan inflasi-teras (Core-CPI). Data CPI pada Jun naik ke paras 2% berikutan peningkatan harga minyak mentah, manakala Core-CPI yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga merosot kepadan 0.90%.

#3 Penetapan Polisi Monetari FOMC (Khamis)

The Federal Reserve dijangka tidak akan mengubah kadar faedah dalam mesyuarat kali ini. Namun, apasaran akan cuba mendapatkan panduan terbaru (guidance) daripada bank pusat tentang ekonomi khususnya dasar monetari semasa. Pasaran ketika ini menjangka akan ada dua lagi kenaikan kadar faedah yang dijangka pada bulan September dan Disember.

#4 Penetapan Polisi Monetari BoE (Khamis)

Bank of England (BoE) akan mengumumkan dasar monetari terkini pada hari Khamis pukul 7 petang. Jika semua berlaku mengikut apa yang telah dirancang, BoE dijangka menaikkan kadar faedahnya kepada 0.75%. Walaubagaimanapun, data terbaru seperti inflasi masih tersekat pada 2.40% dengan data jualan runcit bulan Jun adalah kurang memberangsangkan serta ketidaktentuan Brexit yang berlanjutan.

#5 Data NFP A.S. (Jumaat)

Seperti biasa data NFP iaitu data pekerjaan utama Amerika Syarikat akan menjadi perhatian pada minggu pertama setiap bulan. Semua data sebelum ini merekodkan bacaan memberangsangkan di mana data melebihi jangkaan. Pasaran menjangka tambahan 193k pekerjaan pada Julai di mana kadar gaji dijangka naik 0.3%.

#6 Perkembangan Isu Perdagangan AS-China (Sepanjang Minggu)

Selepas daripada pertemuan Juncker-Trump pada minggu lalu, nampknya pasaran masih belum yakin ia akan menamatkan perang dagangan global. Trump-Juncker bersetuju untuk merundingkan tariff-sifar antara kedua-dua wilayah tetapi belum ada perjanjian formal yang dibuat di mana rundingan lebih terperinci akan berlangsung di masa hadapan.

Pasaran juga akan meneliti isu perdagangan antara AS-China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat